Terma & Polisi Perniagaan Nini Keropok

1. Dasar Privasi

Kami di Nini Keropok menghargai privasi anda. Segala maklumat peribadi yang dikumpul melalui laman web, borang tempahan, atau komunikasi lain akan digunakan semata-mata untuk:
- Memproses dan menghantar pesanan anda
- Menghubungi anda jika perlu
- Tujuan rekod dan penambahbaikan perkhidmatan kami

Kami tidak akan menjual atau berkongsi maklumat anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran, kecuali jika diperlukan oleh undang-undang. Data anda akan disimpan dengan selamat.

Dengan membuat tempahan atau berinteraksi dengan kami, anda bersetuju dengan dasar privasi ini.

2. Polisi Penghantaran

Kami di Nini Keropok sentiasa berusaha untuk memproses dan menghantar setiap tempahan secepat mungkin.

- Jika jumlah tempahan yang kami terima adalah dalam keadaan normal, pesanan akan diproses dan dihantar dalam tempoh 1–2 hari bekerja selepas bayaran diterima.
- Jika berlaku lonjakan tempahan, proses penghantaran mungkin mengambil masa sedikit lebih lama — namun kami akan tetap usahakan agar semua pesanan diproses mengikut giliran dan dihantar secepat yang boleh.
- Penghantaran dibuat menggunakan perkhidmatan kurier seperti Ninja Van atau J&T, bergantung pada lokasi.
- Nombor tracking akan diberikan selepas tempahan dihantar.

Nota: Sila pastikan maklumat penghantaran seperti alamat dan nombor telefon adalah lengkap dan tepat untuk mengelakkan kelewatan. Kelewatan dari pihak kurier adalah di luar kawalan kami, namun kami akan bantu sedaya upaya jika berlaku sebarang isu.

3. Polisi Bayaran & Bayaran Balik

- Bayaran boleh dibuat secara online transfer atau Cash on Delivery (COD) jika tersedia.
- Untuk bayaran COD, pastikan anda sediakan wang secukupnya ketika menerima pesanan.
- Bayaran tidak akan dikembalikan selepas tempahan diproses, kecuali berlaku kerosakan barang semasa penghantaran yang disahkan dengan bukti gambar dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan.

Nota: Pembatalan selepas pesanan diproses tidak dibenarkan kerana produk kami adalah makanan mudah rosak.